Chrome Pointer

Sunday 2 June 2013

JOHOR DT CIPTA SEJARAH BARU.

KUALA LUMPUR: Johor Darul Takzim (JDT) layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 1-2 kepada Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
JDT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada 25 Mei lepas untuk menjadikan keputusan agregat 2-2.
Mereka layak ke perlawanan akhir berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan.


PEMAIN Pahang, Matias Ruben Conti menjaring gol pertama di awal perlawanan.

Penjaring:
Pahang: Matias Ruben Conti (minit ke-7 dan 40)
Johor Darul Takzim: Andrezinho (minit ke-48)


Barisan Pemain:

Pahang: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Jalaluddin Jaafar (Mohd Saiful Nizam Miswan), Damian Delano Stewart, Amirul Hadi Zainal (Azidan Sarudin), R. Surendren, Matias Ruben Conti, Azamudin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Mohd Fauzi Rozlan).

Johor DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Irfan Abdul Ghani (K. Thanaraj), Kamarul Afiq Kamarudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Andrezinho, Mohd Nurul Azwan Roya, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Nazri Ahmad (Safiq Rahim), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez (Mohd Safee Sali).

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar.






Wednesday 7 December 2011

Ong Kim Swee di hargai

Ong Kim Swee


Dikurnia pingat DSM selepas bimbing skuad Sukan SEA, Olimpik 

            TAHNIAH buat jurulatih skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee yang bakal dikurnia pingat Darjah Seri Melaka kerana jasa dan sumbangan besar mempertahankan pingat emas Sukan SEA serta membimbing skuad Olimpik ke pusingan kelayakan terakhir.Jasa Kim Swee cukup besar buat negara, apa lagi untuk negeri kelahirannya, Melaka yang kebelakangan ini tidak banyak melahirkan tokoh berwibawa dalam arena bola sepak.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan pengurniaan pingat itu, semalam menerusi pegawai medianya, Daud Awang. Namun, Ali gagal dihubungi untuk mendapatkan komen. Apa yang menjadi persoalan, pingat kebesaran itu tidak membawa gelaran Datuk, berbeza dengan Darjah Mulia Seri Melaka yang dikurniakan kepada pelakon Bollywood - Datuk Shah Rukh Khan tiga tahun lalu. Kim Swee ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima surat penganugerahan berkenaan tetapi enggan mengulas mengenai nilai pingat bakal diterimanya. “Saya bekerja ikhlas demi bola sepak negara, jika diberi penghargaan saya amat berterima kasih,” katanya. “Pingat dan gelaran tidak penting, keutamaan saya ialah menyempurnakan tanggungjawab diberi kepada saya sebaik mungkin.” 


halaman muka surat